Umum mengetahui, isu Iphone LL set begitu popular dan yang peliknya hanya di Malaysia saja yang terlalu popular. Sebenarnya, isu ini sudah lama dan tidak pasti dari mana sumber yang mengatakan bahawa iphone LL set ini tidak bagus dan original. Mari kita sama2 membuka minda dengan penulisan ini.
1. LL set tidak original
Ini adalah fitnah pertama yang dikatakan oleh segelintir rakyat Malaysia. Ramai menyatakan bahawa Iphone yang original hanya iphone Myset (Malaysia) dan set selain itu adalah tiruan. Sebenarnya, agak kelakar bila kita dengar, nampak sangat pemikiran rakyat malaysia ini masih kurang cerdik berkaitan gajet.
Iphone LL set (USA) juga adalah iphone keluaran apple yang original dan dikhaskan untuk negara USA. Apabila anda berkata iphone LL set tidak original, jadi, adakah pengguna iphone di USA itu menggunakan iphone yang tidak original? Cuba fikirkan bersama. Sudah pasti, jikalau pemikiran sebegini sampai di pengetahuan rakyat USA, akan memalukan imej negara kita kerana rakyat yang masih berfikiran cetek.
Senang cerita, iphone LL set adalah iphone original sama seperti Myset, ZP set, Ch set, Kr set, Ab set dan sebagainya.
2. Iphone LL set tidak ada warranty apple Malaysia
Fitnah kedua, adalah cerita tentang warranty iphone dimana iphone diluar negara tidak boleh guna warranty di Malaysia. Ini adalah fitnah yang betul, tetapi betul pada zaman Iphone 5 iaitu sekitar tahun 2012 iaitu waktu manusia masih lagi tidak memakai facemask (hehehe).
Untuk tahun 2021, iphone set luar negara boleh tebus warranty di seluruh pusat servis apple tanpa sebarang masalah dan ianya valid. Begitu juga dengan iphone 12 yang masuk di malaysia, yang mana tidak ada lagi Myset sebaliknya Zp set (set singapura), juga boleh tebus warranti di Malaysia tanpa sebarang masalah.
Jadi? Adakah anda masih berkata bahawa LL set tidak ada warranti di Malaysia? Itu cerita kuno lah makcik pakcik abang kakak.
3. Iphone LL set susah cari spare parts
Fitnah terakhir tentang iphone LL set ini adalah mengenai alat gantian iphone LL set yang sukar untuk didapati di Malaysia. Kononnya, hanya alat gantian dari USA saja yang boleh digunakan untuk menggantikan komponen-komponen di dalam iphone LL set.
Sebagai individu yang telah pun berpengalaman selama tiga tahun di dalam bidang baik pulih iphone ini, saya agak terkejut kerana fakta dari mana yang wujud ini. Saya banyak membaik pulih iphone LL set rakan-rakan dan kesemuanya saya menggunakan komponen dari pembekal berdaftar.
Untuk isu ini, anda kena faham, dalaman iphone kesemuanya sama dan menggunakan komponen yang sama, dari mana pula timbulnya fakta bahawa iphone LL set kena menggunakan alat gantian dari USA sedangkan kilang iphone ada di China ? Renung-renungkan.
Pasti ada yang tanya bukan kilang di california? Kilang iphone rasmi hanya di china. California apa? Hanya tempat design saja.
Konklusinya, Iphone LL set adalah original dan ketiga-tiga perkara diatas adalah fitnah yang dibuat-buat oleh segelintir rakyat Malaysia. Selamat bermunasabah semua.
Link video : https://youtu.be/6-5ZJHdaSdo
My iphone No Service after i change sim cad Digi.??
Some place coverage line good
Some place coverage No Service
Seringkali kita berfikir, bagaimana untuk mengetahui sesebuah iPhone yang dimiliki ini sebenarnya dijual untuk pasaran negara yang mana? Seperti yang sedia maklum, peranti iPhone ini dijual di kebanyakan negara-negara di seluruh dunia. Sebagai pengguna, Model Name/Part No. ialah sangat penting untuk mengetahui di mana iPhone itu sepatutnya dijual dan dipasarkan. Ia juga boleh membantu kita membuat kesimpulan sama ada ianya sesuai digunakan di Malaysia ataupun tidak.
Apakah maksud Model Name/Part No. ini?
Model Name/Part No. ini merupakan suatu label kod identifikasi. Dengan kod kod tersebut kita boleh mengetahui jenis, model, kapasiti, warna dan negara yang sepatutnya peranti itu dijual.
Bagaimana untuk mencari Model Name/Part No. ini? Sebenarnya ada banyak cara, saya tunjukkan dua cara yang mudah terlebih dahulu seperti di bawah.
Sebagai contoh kod yang tertera pada gambar di atas ialah MC319LL/A. Dari situ kita boleh mengetahui bahawa:
1. Kod huruf pertama ‘M’
Untuk bahagian kod huruf yang pertama, ‘M’ membawakan maksud iPhone tersebut dijual samada melalui kedai rasmi Apple Store, laman jualan rasmi dalam talian Apple atau wakil penjual rasmi Apple. Selain itu, terdapat empat lagi variasi huruf dan nombor mengikut iPhone tertentu atau unik yang boleh didapati di pasaran seperti contoh di bawah:
2. Kod huruf kedua ‘C’
Bagi kod huruf yang kedua ini, saya dapati ianya berubah-ubah mengikut batch model iPhone. Namun ia tidaklah tetap atau kekal kepada satu model sahaja. Sebagai contoh, kebanyakannya:
3. Kod nombor ketiga ‘319’
Bagi kod ketiga ialah kod nombor yang digunakan untuk mengenalpasti model, jenis, kapasiti dan warna iPhone berkenaan. Untuk senarai penuh mengikut model iPhone yang anda gunakan, boleh rujuk pada artikel Senarai Kod Untuk Mengenalpasti Jenis, Kapasiti dan Warna iPhone ini.
4. Kod huruf keempat ‘LL’
Kod huruf yang keempat ialah kod negara atau daerah (region). Setiap kod ini melambangkan negara atau daerah yang dikhaskan bagi sesebuah iPhone itu untuk dipasarkan dan dijual yang dilabel, disusun dan dirangkakan oleh Apple. Penjualan peranti mengikut negara atau daerah menggunakan kod ini ialah untuk bagi mengelakkan daripada pelbagai jenis peranti dicampur aduk serta dijual di negara yang tidak sepatutnya.
Seperti contoh, iPhone dan peranti Apple yang lain serta peranti elektronik yang mempunyai kamera dan dijual di negara Jepun tidak boleh disenyapkan bunyi pengatup kamera walaupun suis senyap pada bahagian tepi telah diaktifkan seperti yang termaktub di bawah undang-undang negara tersebut. Ini adalah menghindarkan perbuatan tidak senonoh yang dilakukan oleh penyumbaleweng seperti menangkap gambar di bawah skirt pelajar perempuan yang sering dilaporkan berlaku di dalam tren.
Oleh itu, adalah tidak logik untuk iPhone bernegarakan Jepun ini untuk dijual di negara Asia yang lain. Terdapat juga beberapa buah negara yang mengamalkan undang-undang seperti ini, untuk penerangan terperinci dan maksud yang lebih lanjut anda boleh membaca artikel Ketahui Ciri iOS Yang Dibuang Pada iPhone Mengikut Negara Asal Dijual ini.